4.0 Sejarah Pembukaan Daerah Sibu, Sarawak
Pada tahun 1850-an, Sibu hanya merupakan sebuah kampung
kecil yang telah didiami oleh orang Melanau. Sibu pada masa itu telah dijajah
oleh seorang pegawai British iaitu James Brooke dan beliau telah menjadikan
Sibu sebagai stesen pemindahan (Sabihah Osman, 1971). Hal ini kerana Sibu
terletak di bahagian tengah Sungai Ranjang. Kedudukan strategik ini membolehkan
kapal-kapal menuju ke pendalaman untuk menjalankan aktiviti ekonomi. Dengan
ini, ekonomi Sibu pada masa itu mula berkembang. Bukan itu sahaja, kedatangan orang
Cina telah menyebabkan Sibu menjadi pusat perdagangan yang berada di
pertengahan Sarawak. Tambahan pula, perniaga dari Fujian dan Guangzhou juga menjadikan
Sibu sebagai pusat pengedaran kayu yang penting. Selepas abad ke-19, James
Brooke telah membina kubu di Sibu. Hal ini telah mengembangkan perdagangan
tempatan, Contohnya, Tanjung Maling dan Kanowit merupakan pusat perdagangan
yang palong terkenal pada masa itu.
Pada April 1900, Wong Nai Siong iaitu seorang anggota daerah
Minqing telah gagal menyertai Gerakan Pembaharuan Seratus Hari pada tahun 1898 yang
berlaku di Dinasti Qing (Ling dan Thock, 2015). Disebabkan pemberontakan itu,
beliau telah terpaksa melarikan diri dan membawa saudara maranya ke Sarawak. Selepas
Wong Nai Siong tiba di Sibu, Ong Tiang Swee iaitu Kapitan di Kuching telah memperkenalkan
Raja Brooke II kepada Wong Nai Siong. Dengan ini, Wong Nai Siong telah mengadakan
penjanjian dengan Raja Brooke II untuk mengadakan tempat tinggal untuk orang
Fuzhou di Sibu. Selepas penjanjian dibuat, beliau segera kembali ke Dinasti
Qing dan membawa 1118 orang Fuzhou terutamanya pertani, tukang, perniaga,
doktor dan lain-lain ke Sibu. Beliau telah membahagikan mereka kepada tiga
kelompok untuk datang ke Sarawak.
Selepas lima tahun pembukaan Sibu, Sibu mula berkembang
dengan pesat. Pada masa itu, cuaca di Sibu adalah sangat teruk dan wabak yang berleluasa
telah menyebabkan orang Fuzhou tidak biasa dengan persekitaran tempatan.
Keadaan ini telah menyebakan banyak orang Fuzhou mati pada masa itu. Kemudian
aktiviti menanam pokok getah telah berjaya diperkenalkan dan ekonomi Sibu pada
masa itu berkembang dengan pesat. Pada tahun 1900, Wong Nai Siong telah
meminjam 40000 yuan daripada kerajaan Sarawak untuk membayar kos penghantaran orang
Fuzhou tetapi beliau telah menangguhkan pembayaran balik. Ini kerana Wong Nai
Siong seling kali tidak setuju dengan membuka kasino dan menjual candu di Sibu
yang dicandangkan oleh kerajaan Sarawak. Keadaan ini telah menyebabkan
keuntungan kerajaan Sarawak semakin berkurang dan kerajaan Sarawak tidak puas
hati dengan Wong Nai Siong dan beliau telah diusir kembali ke Dinasti Qing Pada
tahun 1904.
Comments
Post a Comment