1.0 Pengenalan

Menurut Ho (2009), Sarawak merupakan salah satu negeri di Malaysia yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya. Penduduk Sarawak adalah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang membentuk landskap budaya yang berwarna-warni. Contohnya kaum Iban, Bidayuh, Melanau, Melayu dan Cina adalah sebahagian daripada banyak kumpulan etnik yang menyumbang kepada kekayaan budaya dan unik mereka. Sarawak juga mempunyai warisan sejarah yang kaya. Contohnya, Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang mempunyai pelbagai bangunan bersejarah seperti Istana Astana, Kuil Tua Pek Kong dan sebagainya. Tambahan pula, Sarawak mengekalkan banyak muzium yang mempamerkan artifak budaya, sejarah dan sumber asli yang unik. Bukan itu sahaja, Sarawak juga merupakan pusat perayaan dan acara kebudayaan. Misalnya, perayaan Gawai Dayak yang disambut oleh suku Iban sebagai penghormatan kepada penuaian padi, merupakan antara perayaan terbesar di negeri ini (Jeniffer Empiang Liman et.al., 2019). Selain itu, Festival Kebudayaan Miri dan Festival Muzik Dunia Hutan Hujan merupakan acara menarik untuk pelancong yang ingin merasai kepelbagaian budaya Sarawak. Dengan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan, warisan budaya yang kaya dan penduduk yang mesra, Sarawak adalah destinasi yang memikat untuk pelancong yang mencari pengembaraan semula jadi dan pengalaman budaya yang tidak dapat dilupakan.

Gambar 1: Istana Astana

                (Sumber: Borneo Post Aline,  2020)



Comments